Wednesday 30 November 2011

Teaching English With Songs (Parts Of The Body)


Salah satu cara untuk memastikan murid-murid ini tidak bosan sewaktu belajar Bahasa Inggeris.Kalau nak pro-BI memang senang sebenarnya . Selain menggunakan elemen muzik , kena rajin baca kamus BI , biasakan speaking, tngok kartun english yang belambak kat Nickelodeon channel, Cartoon Network channel dan lain-lain.
oke . berkaitan dengan tajuk di atas . Parts oF the body ? badan ni bnyak anggota nya kan . kadang2 ada jugak org salah sangka bahagian dahi dengan dagu . Kelakar je ..hurm..  Actually , aku kena mengajar budak tahun 4 . Kelas ujunggg skali ! Diorang bukannya nak dengar sangat kita membebel kat depan kelas , tapi kalau lagu , lajuu aje mulut tu nk ngikut. x sempat aku nk lontarkan suara aku yg lemak merdu(konon2nya le,hehehe) ni, diorang dah dulu dari aku... that's why la timbul dalam buah fikiran ni, nak cerita kat blog kesayangan aku ni . dan untuk kelas2 yg lain jugak, aku wajib terus menggunakan kaedah ni untuk terus menarik minat anak2 murid aku x kira la kelas mana pun...biasa la..budak2...menyanyi tu dah memg 'makanan' diaorg...Menerusi lagu lah mereka belajar . so, aku bekalkan  lagu ni  .enjoy ! :D


ebook with our MB (hulu besut zone)

Kerajaan negeri terenganu telah memberikn e-book kepada semua murid2 tahap 2..bermula dgn murid2 tahun 6, 5 dan 4. yang terbaru sekali kepada murid2 tahun 4 di zon sekolah aku iaitu Hulu Besut. Penyerahan ini dilakukan pada 18hb Oktober 2011 bertempat di Dewan Penyelaras Umno Pasir Akar......yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Dato' Seri Hj Ahmad b Said....dengan bangganya aku telah ditugaskan utk mengambil gambo dan membuat dokumentasi utk program hari ini....dah la hujan lebat pulak tu....nasib baik aku tetap nmpk cun pada hari ni..almaklumle..kn nk jumpe mb...wakakakakakaka.ni first time aku bertentang mata ngan mb le...

 Barisan VVIP.....
 Perasmian KOBERA oleh Menteri Besar Terengganu
 Pertunjukan tomoi oleh Belia Hulu Besut
 Persembahan koir dari SK Alor Keladi
  Penerima E-Book dari SK Keruak








Sunday 20 November 2011

Hikayat Sang Kancil dan Monyet



Di sebuah hutan yang penuh dengan buah-buahan,tinggal sang kancil bersama kawannya iaitu kura-kura.Mereka hidup saling bantu membantu antara satu sama lain.Tiba-tiba datang seekor monyet yang liar. Ia menggangu ketenteraman penghuni di hutan tersebut dengan bergayut ke sana dan ke mari.Apabila lapar ia makan buah-buahan yang ada tanpa minta kebenaran sang kancil.Monyet ternampak sang kancil sibuk bekerja lalu mendekatinya.

"Aku mahu makan buah dari pokok yang kamu tanam itu,"kata monyet. "Jangan,jangan monyet, kita tidak boleh memakan buah itu!," kata sang kancil pula.

Monyet  berlari lalu mencapai buah tersut lalu memakannya. Tiba-tiba monyet menjerit bertempiaran dan lari lintang pukang seperti cacing kepanasan kerana pedas.
Rupa-rupanya buah yang dimakannya ialah cili. Itulah akibatnya kerana tidak mendengar kata dan tamak.