Sunday, 20 November 2011

Hikayat Sang Kancil dan Monyet



Di sebuah hutan yang penuh dengan buah-buahan,tinggal sang kancil bersama kawannya iaitu kura-kura.Mereka hidup saling bantu membantu antara satu sama lain.Tiba-tiba datang seekor monyet yang liar. Ia menggangu ketenteraman penghuni di hutan tersebut dengan bergayut ke sana dan ke mari.Apabila lapar ia makan buah-buahan yang ada tanpa minta kebenaran sang kancil.Monyet ternampak sang kancil sibuk bekerja lalu mendekatinya.

"Aku mahu makan buah dari pokok yang kamu tanam itu,"kata monyet. "Jangan,jangan monyet, kita tidak boleh memakan buah itu!," kata sang kancil pula.

Monyet  berlari lalu mencapai buah tersut lalu memakannya. Tiba-tiba monyet menjerit bertempiaran dan lari lintang pukang seperti cacing kepanasan kerana pedas.
Rupa-rupanya buah yang dimakannya ialah cili. Itulah akibatnya kerana tidak mendengar kata dan tamak.

No comments:

Post a Comment